Hari Jururawat Antarabangsa
Hari Jururawat Antarabangsa

Hari Jururawat Antarabangsa

Hari Jururawat Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Nurses Day) ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" (Bahasa Inggeris: Nurses Day).[1] Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965. Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat. Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.[2]

Rujukan

WikiPedia: Hari Jururawat Antarabangsa http://www.icn.ch/indkit.htm http://www.icn.ch/indkit_themes.htm http://www.china.org.cn/english/China/64371.htm http://pressroom.hallmark.com/nurses_day.html http://web.archive.org/web/20061016013119/http://w... http://web.archive.org/web/20061030183341/http://p... http://www.nursingworld.org/FunctionalMenuCategori... http://www.florence-nightingale-foundation.org.uk/... http://www.iol.co.za/index.php?set_id=3&click_id=1... https://archive.is/20120630094427/www.washingtonpo...